Friday, November 26, 2010

oh.. terlupa aku!

oh.. terlupa aku..
pada kenyataan hari ini..
aku selalu perlu mengingatkan diriku ttg satu perkara.. ntah knapa?
bhw si dia tlh tiada..
namun ku sentiasa merasa bhw si dia masih ada..
ku rasa kami masih tiga beradik..
dan kami masih berlima sekeluarga..
bahagia bersama tiada tara..
kenangan manis..selalu aja dlm ingatan..
skrg ni kalimah 'abang' sentiasa wat ana mengalirkan air mata..
pg tadi ada usrah.. pastu wajiblah ada taaruf..
bila org sebut pasal abg mereka.. mulalah sebak n belinanglah air mata seketika..
tp.. x leh lama2 sbb smua tgh happy lpas gi jogging pagi tu..n plg gembira sbb br habis makan..
alhamdulillah..
dan tika bila pula aku sambung nangis???
iaitu lpas solat.. tika ku berteleku atas hamparan suci dan khusus saat aku menghadapNYA..
krn jika ku mengadu padaNYA ku rasa damai,selamat, tenang n bahagia..
jika pada manusia pasti ku rasakan beban yg ku tanggung x terlepas semuanya..
dalam munajatku... ku pohon kesabaran n ku nyatakan rinduku pdnya.. namun dia milikMU.. n Engkau berhak ke atasnya.. dia kembali padaMu setelah tiba ajalnya.. ku doakan kesejahteraan buatnya.. sesungguhnya Engkau tahu kami saling mengasihi, Engkau tahu betapa peritnya ku menanggung kehilangannya.. Engkau jua tahu aku terkilan kerna tiada aku di sisiNya ketika si dia melafazkan syahadah terakhir.. dan Engkau tahu setiap memori yg hadir di ingatanku.. buat ku
termenung sendirian bersama linangan air mata tanpa henti..Engkau jua tahu munajatku di pusaranya.. dan Engkau jua menyaksikan deraian air mata ini berguguran jatuh di atas tanah pusara yg masih merah tika aku mengucup tanah itu.. di sebabkan kesayuan yg tiada tara..dan Engkau menyaksikan aku kembali mengalirkan air mata tika ku melewati tanah perkuburan itu buat kali terakhir..
namun sudah suratan takdirMu,,dia pergi dahulu bertemu dgnMu.. dan aku??
jua pasti mengikut jejaknya.. akn jua kembali kpd Pemilikku..
Engkau mengetahui segalanya yg ku tanggung n yg ku rasai atas pemergiannya..
namun Engkau tetap menguji.. kerna Engkau tahu dgn ujianMu ini membuatkanku dekat dgnMu.. kerna Engkau ingin meningkatkan darjat ku atas kesabaranku... InsyaALLAH..
maka aku bersyukur kerna diuji, tanda Kau masih mengasihiku..
dan sesungguhnya Kau tidakkan pernah menganiaya diriku dgn ujian yg tidak daya ku tanggung..
dan aku pasti Engkau tetap bersamaku sehingga terubat kesedihanku dgn hikmah ujianMu..
dan akn sentiasa terus bersamaku.. kerna hanya Engkau tempat ku berharap dan bergantung..
Engkau lah tempat ku mengadu.. Engkaulah jua yg kuEsakan..dan padaMu akn ku kembali...
wahai diriku..
biarlah yg pergi itu pergi..
tidak perlu kau ratapi..
kerna pemergiannya itu kpd Ar Rahim..
pasti dia dikasihiNya..
bersyukurlah kpdNya kerna dirimu diberi pinjam seorang Luqman Al Hakim...
walau tidak lama.. tp memadailah dgn limpahan kegembiraan yang telah dibawanya ke dlm hidupmu
kerna jika di cari sepertinya.. pasti tiada ganti yang kau temui..

Along,
cukuplah sekadar ini angah mendedikasikan luahan hati agh yg telah lama terpendam..
dan tika ini ALLAH menyaksikan mata ini berlinangan air mata dalam meluahkan kata2 ini..
moga ALLAH memberkati kasih di antara kita sekeluarga..
semoga ALLAH mempertemukan kita di syurgaNYA.. insyaALLAH..
tahukah along??
  " Hidupmu buatku bangga, Matimu buatku bersyukur"
maksudnya??? biarlah hanya ALLAH yg mengetahuinya..
semoga Luqman Al Istisyahidiyun.. menemui syahidnya..Amin...Al-Fatihah

2 comments:

  1. farah.
    sunggguh.tumpah air mata saya tatkala membaca post kamu ini.
    tabahnya kamu.
    moga saya juga diberi kekuatan seperti itu.
    moga,kita saling menguatkan teman.

    ReplyDelete