Monday, December 6, 2010

kenangan lalu.. harapan baru..

Dalam meniti sisa2 akhir di tahun ini,
sebelum bumi Mesir gamit dgn seruan azan maghrib,
ku bersyukur..
dgn segala apa yg tlh aku lalui dlm thn ini..
yg byk mengajarku erti kehidupan..
segalanya tersimpan indah dlm diari kehidupanku.. 
segala kegagalan..kesedihan..dan kedukaan ku tinggalkan jauh..
kerna ku tlh bersedia utk menghadapi hr baru n di thn yg baru..
moga segala yg tlh ku lalui mematangkan diriku..
semakin bertambah tahun kehidupanku..
bermakna semakin hampir aku kpd noktahnya..
moga ALLAH menunjukkanku jlnNYA..
menguatkan keazamanku n semangatku dalam ketaatan..
dan menjauhkan aku dr jln kemungkaran..
semoga diriku menjadi hamba yg lebih baik di sisiNYA..

Tuesday, November 30, 2010

Sesungguhnya..
mujahadah seorang hamba..
tidak pernah ada noktahnya...
sehingga hari kita menutup mata buat selamanya..
menghadap Tuhan Yg Maha Esa..

Tiap saat dan ketika dalam diari masa seorang hamba...
sesungguhnya sangat berharga..
andai setiap detiknya adalah ketaatan..
maka cintaNYA berhak untuknya..
namun jika berlalunya detik itu dengan kelalaian n kemaksiatan..
maka murkaNYA layak baginya..

Sedarilah sekalian manusia..
kita tidak diciptakan untuk bersenang-lenang di atas dunia yg fana..
sebaliknya kewajipan kita adalah mengabdikan diri padaNYA..
kerana sudah dijanjikan syurga di sisiNYA..
dan telah nyata dunia ini hanyalah tipu daya semata-mata...

Monday, November 29, 2010

Bersyukurkah kita?

Terfikirkah kita betapa agungnya  kasih Tuhan Yang Esa...
Sedangkan  kasih ibu pun membuat kita lena di pangkuannya...
Sedarkah kita, kasih ibu itu juga diciptakanNya..
Maka pasti tiada terkira kasih Pencipta segala kasih n cinta...
Begitulah manusia walau dikasihi begitu banyak..
Masih ada yg tidak menghargai..
Apa buktinya??
Manusia masih seronok membuat kemaksiatan...
Kelalaian? Emm.. sudah pasti..
Kejahatan dan penganiayaan.. menjadi perkara biasa..
Sedangkan hakikatnya..saat kematian sedia menanti..
tidak lambat dan tidak pula cepat...
Sesungguhnya.. manusia pasti tidak terlepas dr dosa..
kerana itulah ALLAH sentiasa membuka pintu keampunan seluas-luasnya buat hambaNYA yg ingin bertaubat..
Tidak malukah kita kpd ALLAH?
kita makan rezeki yg dikurniakanNYA...namun kita tolak suruhanNYA.. dan kita balas dgn laranganNYA..
begitukah diri yg bergelar hamba yg bersyukur??

Friday, November 26, 2010

oh.. terlupa aku!

oh.. terlupa aku..
pada kenyataan hari ini..
aku selalu perlu mengingatkan diriku ttg satu perkara.. ntah knapa?
bhw si dia tlh tiada..
namun ku sentiasa merasa bhw si dia masih ada..
ku rasa kami masih tiga beradik..
dan kami masih berlima sekeluarga..
bahagia bersama tiada tara..
kenangan manis..selalu aja dlm ingatan..
skrg ni kalimah 'abang' sentiasa wat ana mengalirkan air mata..
pg tadi ada usrah.. pastu wajiblah ada taaruf..
bila org sebut pasal abg mereka.. mulalah sebak n belinanglah air mata seketika..
tp.. x leh lama2 sbb smua tgh happy lpas gi jogging pagi tu..n plg gembira sbb br habis makan..
alhamdulillah..
dan tika bila pula aku sambung nangis???
iaitu lpas solat.. tika ku berteleku atas hamparan suci dan khusus saat aku menghadapNYA..
krn jika ku mengadu padaNYA ku rasa damai,selamat, tenang n bahagia..
jika pada manusia pasti ku rasakan beban yg ku tanggung x terlepas semuanya..
dalam munajatku... ku pohon kesabaran n ku nyatakan rinduku pdnya.. namun dia milikMU.. n Engkau berhak ke atasnya.. dia kembali padaMu setelah tiba ajalnya.. ku doakan kesejahteraan buatnya.. sesungguhnya Engkau tahu kami saling mengasihi, Engkau tahu betapa peritnya ku menanggung kehilangannya.. Engkau jua tahu aku terkilan kerna tiada aku di sisiNya ketika si dia melafazkan syahadah terakhir.. dan Engkau tahu setiap memori yg hadir di ingatanku.. buat ku
termenung sendirian bersama linangan air mata tanpa henti..Engkau jua tahu munajatku di pusaranya.. dan Engkau jua menyaksikan deraian air mata ini berguguran jatuh di atas tanah pusara yg masih merah tika aku mengucup tanah itu.. di sebabkan kesayuan yg tiada tara..dan Engkau menyaksikan aku kembali mengalirkan air mata tika ku melewati tanah perkuburan itu buat kali terakhir..
namun sudah suratan takdirMu,,dia pergi dahulu bertemu dgnMu.. dan aku??
jua pasti mengikut jejaknya.. akn jua kembali kpd Pemilikku..
Engkau mengetahui segalanya yg ku tanggung n yg ku rasai atas pemergiannya..
namun Engkau tetap menguji.. kerna Engkau tahu dgn ujianMu ini membuatkanku dekat dgnMu.. kerna Engkau ingin meningkatkan darjat ku atas kesabaranku... InsyaALLAH..
maka aku bersyukur kerna diuji, tanda Kau masih mengasihiku..
dan sesungguhnya Kau tidakkan pernah menganiaya diriku dgn ujian yg tidak daya ku tanggung..
dan aku pasti Engkau tetap bersamaku sehingga terubat kesedihanku dgn hikmah ujianMu..
dan akn sentiasa terus bersamaku.. kerna hanya Engkau tempat ku berharap dan bergantung..
Engkau lah tempat ku mengadu.. Engkaulah jua yg kuEsakan..dan padaMu akn ku kembali...
wahai diriku..
biarlah yg pergi itu pergi..
tidak perlu kau ratapi..
kerna pemergiannya itu kpd Ar Rahim..
pasti dia dikasihiNya..
bersyukurlah kpdNya kerna dirimu diberi pinjam seorang Luqman Al Hakim...
walau tidak lama.. tp memadailah dgn limpahan kegembiraan yang telah dibawanya ke dlm hidupmu
kerna jika di cari sepertinya.. pasti tiada ganti yang kau temui..

Along,
cukuplah sekadar ini angah mendedikasikan luahan hati agh yg telah lama terpendam..
dan tika ini ALLAH menyaksikan mata ini berlinangan air mata dalam meluahkan kata2 ini..
moga ALLAH memberkati kasih di antara kita sekeluarga..
semoga ALLAH mempertemukan kita di syurgaNYA.. insyaALLAH..
tahukah along??
  " Hidupmu buatku bangga, Matimu buatku bersyukur"
maksudnya??? biarlah hanya ALLAH yg mengetahuinya..
semoga Luqman Al Istisyahidiyun.. menemui syahidnya..Amin...Al-Fatihah

Monday, November 15, 2010

Ya ALLAH !!!

Ya ALLAH,
siapalah aku di pandanganMu,
ku malu meminta padaMu,
kerna khuatir jd hamba tidak bersyukur,
namun...
hanya Engkaulah tempat aku meminta..
hanya Engkaulah tempat aku mengadu...
hanya padaMu ku bersujud dan berharap...
dan hanya padaMu ku kembali...
siapalah aku ingin menidakkan takdirMu,
diriku hanyalah seorang hamba,
maka ku akur pd ketentuanMu,
yg pasti ku yakini bhw sesekali pun tdk kan pernah Kau menganiaya diriku yg lemah ini,
kerna firmanMu: Engkau akn menguji hambaMu mengikut kemampuannya...
lantas ku pohon kekuatan dan ketabahan,
agr tidaklah goyah imanku,
agr ku redha menerimanya...
dgn hati yg benar2 ikhlas...

Harapanku....

ku bahagia melihat ramai umat islam kini berkumpul di Arafah, 2.5 juta umat Islam berkumpul, andainya semua umat Islam ini bersatu, menyelamatkan saudara Islam lain yg ditindas tika ini, pasti digeruni musuh Islam dan mungkin nasib saudara Islam yg lain terbela...
namun, apa daya...
tidak semua harapan jd kenyataan...

Saturday, November 13, 2010

Munajat Seorang Hamba

Di kala malam yang sunyi sepi,
Sedang bani insan tenggelam,
Dalam tidur dan mimpi,
Musafir yg malang ini
Tersentak bangun pergi membasuh diri
Untuk menghadapMu, Tuhan

Lemah lutut berdiri di hadapanMu
Sedu sedan tangisku keharuan
Hamba yang lemah serta hina ini 
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli KebesaranMu

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti 
Bagaimana penerimaanMu
Di kala mendengar pengaduan hamba
Yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yg Engkau nuzulkan
Engkau berjanji menerima pengaduanku
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
Dan sedia memberi keampunan

Dan Muhammad RasulMu yg mulia itu
pernah mengatakan:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan"
Hamba percaya pd tutur kepastian itu

Sebab itu hamba datang, wahai Tuhan
Bukan tidak redha dgn ujian
Cuma hendak mengadu padaMU
Tempat hamba kembali nanti
Memohon sakinah
Maghfirah dan muthmainnah

-Puisi dan Rintihan Imam Bukhari-





MUQADDIMAH BICARAKU...

" Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya.. malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yg mengagungkan Tuhan..."
-Badiuzzaman Said Nursi-